PhotobucketPhotobucketPhotobucket Photobucket

Thursday, July 7, 2011

Checklist



~ Majlis Chenta Kami ~ 


12 Bulan Sebelum Majlis :-

- Tetapkan tarikh majlis (akad nikah, sanding, tandang) 
 - Tetapkan jumlah dulang hantaran Done
 - Senaraikan barangan dulang hantaran 
- Pastikan belanjawan dan budget majlis merangkumi semua hidden cost 
- Buat senarai tetamu dan lengkapkan alamat mereka 
- tentukan lokasi majlis Done
- tentukan waktu konsep dan tema majlis 
- pilih pengapit dan tambahan lain jika perlu 
- mencari busana nikah atau sanding ( idea dan rekaan) 
- membeli sedikit demi sedikit barangan hantaran 
- mengkaji pilihan photographer dan videographer 
- memilih tema dan konsep bilik pengantin 



6 Bulan Sebelum Majlis :-

- Hadiri Kursus Pra Perkahwinan 
- Memilih busana pengantin 
- Memilih rekaan dan pakaian family 
- Memilih butik pengantin 
- Membeli cincin , gelang atau rantai, etc 
- merancang acara tambahan seperti memotong kek, marhaban etc 
- mengkaji pelbagai pilihan kad kahwin 
- mengkaji cenderamata untuk para tetamu 
- mengkaji tempat honeymoon bersama pasangan 
- periksa kembali senarai tetamu dan tambahan lain 
- mengkaji homestay dan penginapan tambahan 
- mengkaji semula barangan hantaran dan pengubahsuaian lain 
- membeli barangan persiapan bilik pengantin 



4 Bulan Sebelum Majlis :-

- Menempah photographer dan videographer 
- Menempah butik dan pelamin pilihan 
- Sesi pertama fitting baju pengantin 
- menempah dan mendekorasi cenderahati  
- memeriksa temujanji anda dengan pihak kadhi dan
sediakan semua dokuman yang diperlukan, hiv test
- listing senarai lagu mengikut kesesuian majlis dan tempah DJ
- menempah kompang, silat dan sebagainya jika perlu
- memastikan handbouquet yang sesuai
- membuat trial make up jika perlu
- tetapkan rekabentuk kad kahwin dan tempah
- mengumpul gambar- gambar pre-wedding dan menempah
dekorasi yang bersesuaian seperti canvas, etc
- merawat diri seperti menghadiri spa



2 Bulan Sebelum Majlis :-

- Mula mengedar kad jemputan kepada tetamu
- mendekorasi bilik pengantin , rumah dan halaman
- menyiapkan dekorasi hantaran
- final call untuk barangan hantaran terutama batal air sembahyang
- memastikan cenderamata telah dibeli
- memastikan bunga pahar disiapkan
- pilih dan asingkan kasut, aksesori, pakaian dalam, etc diasingkan
- memastikan baju nikah dan sanding siap dan diambil
- senaraikan tugas dan mereka yang terlibat, sediakan rozek
- memastikan hal tambahan seperti candy buffet, cake station siap
- memilih 2-3 orang sedara untuk bahagian meja beradap
- memastikan saudara mara dari pihak laki dan perempuan



1 Bulan Sebelum Majlis :-

- remind all the vendor samada kecil atau besar peranan mereka
- hiasan dan dekorasi bilik pengantin, rumah dan halaman 90% siap
- mengingatkan saudara mara terdekat tentang majlis
- memeriksa senarai tetamu agar tiada yang tertinggal
- berlatih mengenakan kasut kahwin dan etc yg difikirkan perlu
- memohon cuti kahwin sebelum dan selepas
- meminta izin jiran jike perlu menggunakan kawasan mereka
- mengunjungi spa dan membelai diri



1 Minggu Sebelum Majlis :-

- Menganjurkan jamuan khas bersama family atau rakan
- membuat sesi spa pra-perkahwinan
- menjaga amalan pemakanan, banyakkan makan buah, sayur
- memastikan persiapan majlis lengkap - bilik pengantin, ruang akad
nikah dan jamuan susulan.
- memastikan semua hantaran dikumpul di sudut khas kecuali
barangan berharga. elakkan merata-rata
- mengingatkan jurusolek dan vendor lain
- mengingatkan mereka yang terlibat dalam upacara akad nikah
seperti kadhi, saksi dan sebagain1ya
- mengulangi jemput kepada jiran - jiran terdekat



I Hari Sebelum Majlis :-

- Memastikan khemah, pelamin dan dekorasi siap dipasang
- banyakkan rehat dan tenangkan fikiran
- berdoa dan tidur awal


p/s :: 1pepn aku xgerk lg kot...huh!
          xpela..etlist aku da mule nk survey pe ptot tuk wedding t..;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...